Isnin, 1 Julai 2013

Rasional Keujudan Muzium Internet Ini

Ruangan blogspot ini adalah merupakan suatu ruangan yang menghargai individu akar umbi yang berjaya merekacipta serta membuat inovasi tetapi GAGAL untuk memasarkan produk inovasi atau rekacipta mereka kerana ketiadaan modal serta sokongan pihak-pihak berkaitan  namun tidak pernah berputus asa melakukan kerja-kerja inovasi ataupun rekacipta.Para individu di dalam ruangan ini kesemuanya mendapatkan bahan inovasi mereka samada dikutip dari tong sampah ataupun dibeli biarpun pembelian tersebut akan menyebabkan mereka terpaksa menggunakan wang untuk membeli beras .Ini adalah kerana ada bahan inovasi yang dibeli  kalau tidak dibeli pada masa tersebut mungkin bahan tersebut sudah tiada dalam stok penjual.
Tidak dinafikan bahawa Perekacipta adalah individu yang dilahirkan dan diberi keistemewaan rezeki ilham untuk membuat inovasi dan merekacipta dari Yang Maha Esa.Kebanyakkan individu ini bukanlah datang dari golongan berpendidikan tinggi serta berkemampuan.Tekanan dari masyarakat sekeliling serta kenalan kerana kegagalan memasarkan produk mereka agak tinggi.Biarpun dipandang rendah, namun mereka tetap menjalankan kerja-kerja inovasi.
Indah khabar dari rupa merupakan makan harian mereka dalam bidang rekacipta / inovasi manakala kepercayaan terhadap bantuan yang kononya ujud untuk mereka adalah suatu ungkapan yang paling sukar untuk mereka yakini kerana mereka telah penat mencuba mempercayai bantuan tersebut selepas berusaha  mendapatkannya dari pelbagai Pihak gagal.
Justeru itu ruangan blogspot ini akan berusaha untuk MENGHARGAI JASA mereka dalam bidang rekacipta serta inovasi agar mampu memberikan ruang lebih luas kepada para bakal perekacipta untuk terus merekacipta biarpun tidak dipasarkan produk tersebut.Individu yang berada dalam ruangan ini merupakan JUARA bagi pihak Kami atau SABAH INVENTION SQUAD kerana usaha inovasi dan rekacipta.Mereka merupakan IKON YANG BERJAYA DALAM INOVASI & REKACIPTA .
Disebalik itu juga, inovasi yang dipaparkan pada ruangan ini juga bertujuan sebagai bahan rujukkan kepada pihak yang ingin melakukan inovasi atau kerja-kerja rekacipta mereka.Ini adalah kerana sesuatu rekacipta itu mungkin tidak akan sempurna kerana ketiadaan rekacipta atau inovasi tersebut dipasaran.Ibarat Bahan TV LCD yang ditemui pada tahun 1960an hanya diketahui kegunaannya pada tahun 2000 iaitu selepas lebih 20 tahun bahan tersebut direkacipta .

Para perekacipta ini tidak minta belas kasihan dari anda memberi bantuan.Ini adalah kerana Dibantu mereka terima, tidak dibantu mereka tak minta. Pihak kami ingin mengucapkan Sekalung Penghargaan kepada Anda kerana membaca ruangan ini serta Para Perekacipta atas sumbangan Gambar inovasi/rekacipta mereka.



En. Wahab ( Sandakan )
Beliau merupakan Johan bagi pertandingan Rekacipta anjuran Giat Mara Sabah pada tahun 2012 di Semporna.
Kereta Bahanapi Gas Memasak
Kenderaan ini menggunakan GAS Memasak sebagai bahanapi direkacipta oleh En. Wahab dari Sandakan semenjak tahun 2008.Ianya merupakan satu-satunya inovasi yang terdapat di Malaysia serta Sabah bagi pihak Kami.Ianya juga jimat kerana bagi setong gas ini, ianya mampu menampung perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Litar Elektronik Pencegah Kebakaran Akibat Litarpintas
Ianya merupakan rekacipta elektronik yang mencegah kebakaran akibat  litar pintas elektrik semasa berlaku kemalangan.



En. Jupili Waimin ( Ranau )
Beliau merupakan salah seorang peserta Jejak Inovasi 2012.Memilki pelbagai idea untuk dibangunkan sebagai rekacipta atau inovasi.


Inovasi ini merupakan pengubahsuaian alat penapis hawa dingin  kenderaan kepada alat perangkap cecair Gas yang terjadi semasa tong gas mula berpeluh dan sejuk.Ianya akan membawa kesan pembaziran gas terutama sekali semasa cuaca sejuk atau ketika hujan.Inovasi ini akan menjimatkan penggunaan Gas memasak kerana nyalaan api yang lebih stabil.Ujian terhadap inovasi ini telah dibuat dengan mengambil jangkamasa memasak air sewaktu hari hujan lebih lama sekiranya tanpa inovasi ini .


En. Zainudin Bin Moksil ( Kota Belud )

Beliau merupakan peserta Jejak Inovasi 2012.


.Cecair sabun mandi yang melekat pada lantai kamar mandi akan menyebabkan lantai tersebut licin serta kotor.Inovasi ini adalah merupakan bekas simpan sabun di kamar mandi yang bertujuan mengalirkan cecair sabun mandi selepas digunakan ke lubang tandas bagi menghindarkan cecair sabun mandi tersebut daripada melekat pada lantai bilik  mandi.

Pemilik Blog ( Beaufort )

Inovasi ini merupakan alat tambahan yang dicipta pada tahun 1993 yang berfungsi sebagai alat menghalang radio dicuri,menghalang gear dapat digerakkan serta menghalang brek tangan diturunkan.Ianya menghalang kenderaan dilarikan. 

Inovasi ini berfungsi menghalau burung daripada menggangu sawah padi dengan mengeluarkan bunyi nyaring atau menggerakkan tali pada sawah padi untuk menghalau gangguan burung.

Alat ini merupakan inovasi penyokong untuk mengecas bateri bagi inovasi Smart Handphone Box

Inovasi ini adalah alat pengimbang cas elektrik bateri kereta agar sentiasa stabil 

Inovasi ini merupakan kotak yang menghalang lelemak masakan daripada memasuki paip kemudiannya menybabkan paip tersebut tersumbat.Ianya juga inovasi yang menghalang minyak seperti minyak terpakai enjin ( atau minyak hitam ) mengalir ke parit dan mencemarkan parit tersebut.

Inovasi ini adalah penghalang lelemak sisa masakan serta bahan makanan yang terbuang daripada membuat paip tersumbat untuk singki terutama sekali singki rumah apartmen

Inovasi ini adalah penarik saf pembersih paip yang terlepas semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan.Inovasi ini telah diuji dan bertindak secara efektif sekali.

Inovasi ini adalah merupakan soket yang berfungsi untuk jangkamasa tertentu bagi menghindarkan alat pemanas dipasang melebihi masa.Inovasi ini menghindarkan berlakunya kebakaran atau litar pintas akibat terlupa mematikan suis soket kerana aliran elektrik akan diputuskan mengikut masa yang ditetapkan oleh pengguna.


Inovasi ini adalah litar tambahan bagi menambahkan bekalan bahanapi petrol untuk enjin yang dipasang turbo bagi menghindarkan kerosakkan pada piston.
Inovasi ini adalah kunci bilik penginapan yang berfungsi sebagai suis untuk menghidupkan bekalan elektrik agar pnjimatan elektik dapat dijalankan olh pihak pngusaha hotel terutama sekali alat penghawa dingin,kipas siling,lampu dan tv semasa penghuni bilik sdang keluar.


Inovasi ini adalah litar untuk pengusaha penjual minyak di pedalaman memasukkan bahanapi ke tangki kenderaan.Inovasi ini hanya menggunakan bateri 12volt.

Inovasi ini adalah Friendly electrictian folurosent lamp yang memudahkan kerja-kerja pembaikkan lampu ini tanpa menanggalkan lampu untuk membuat pemeriksaan choke atau wayar didalam cassing lampu

Inovasi ini adalah penghindar bahan sisa makanan penyebab paip tersumbat.Ianya juga akan memberikan isyarat sekiranya ada bahan sisa makanan yang sudah terkumpul berada didalam paip sambungan T ini.


En. Haris Janang  ( Sipitang )

     Beliau merupakan pengusaha pertanian



Inovasi  ini adalah merupakan  janakuasa elektrik yang tidak menggunakan bahanapi ataupun bekalan elektrik percuma yang dibangunkan oleh En. Haris.Terletak di kebun sayurnya, janakuasa ini satu-satunya yang terdapat di Lumahku Sipitang ( salah sebuah tempat yang akan dilalui untuk sampai ke Long Pasia ) membekalkan bekalan elektrik kegunaan rumah para pekerja kebun tersebut.Hampir menyerupai sistem Hydro di sungai tetapi sistem ini menggunakan mata air atas bukit sebagai penjana elektriknya.

En. Mustapha Bin Ahmad ( Lahad Datu )











Beliau Merupakan seorang Kakitangan Di Jabatan Pertahanan Awam



Inovasi ini merupakan pemasak bertih jagung ( popcorn) yang menggunakan gas memasak serta bateri kereta.Beza inovasi ini adalah ianya tidak menggunakan bekalan elektrik 240V dan mudah di bawa oleh para pengusaha .Ianya lebih ringgi . bersaiz kecil serta mudah dikendalikan.

D.H. Mil Rakin Biok ( Beaufort )











Beliau merupakan seorang Mekanik

 Inovasi ini adalah alat pengunci tambahan untuk pintu premis yang mana ianya boleh mengunci selak pintu dari luar dengan menggunakan sistem elektronik.



Mohd Asrul Tan  ( Pangi, Tenom )











Inovasi ini adalah memudahkan para pemilik kenderaan mengisi air bateri sel basah.Alat ini digunakan untuk mengetahui samada isi kandungan air bateri dalam paras yang sepatutnya.